Awas!! 5 Gadis Cantik Ini Sebenarnya Seorang Lelaki!!
MUNGKIN ramai yang tidak menyedari semakin ramai model/artis transgender (pembedahan menukar jantina) muncul di dunia hiburan dewasa ini. Mereka kelihatan cantik yang menggoda, namun sebenarnya menyimpan organ reproduksi lelaki. Jika tidak diberitahu, kita pasti tidak akan dapat mengagak mereka adalah seorang lelaki. Mereka sebenarnya seorang lelaki yang telah mengubah status gender mereka menjadi seorang perempuan. Cuba perhatikan betul2... percayakan anda 'gadis-gadis' di bawah ini asalnya seorang lelaki?? -osemmm.net
1. Harisu – Korea Selatan
Harisu adalah seorang penyanyi pop transeksual, yang juga seorang model dan pelakon dari Korea Selatan. Lahir sebagai laki-laki, Harisu merasakan dirinya sebagai perempuan dari awal usia, dan menjalani pembedahan penukaran jantina pada 1990-an. Dia terkenal kerana menjadi penghibur transgender pertama di Korea Selatan.
2. Sirapassorn Atthayakorn – Thailand
Thailand mungkin merupakan negara dengan populasi transgender terbesar di Asia Tenggara. Thailand memiliki salah seorang ratu transgender yang terkenal bernama Sirapassorn Atthayakorn, atau juga dikenali sebagai Sammy. Atthayakorn adalah juara pertandingan Miss International Queen pada 2011.
3. Nong Poy – Thailand
Saknarin Marnyaporn, lahir pada 5 Oktober 1986, lebih dikenali dengan nama Nong Poy atau Treechada adalah seorang pelakon dan model berasal dari Thailand. Sebagai seorang anak, Poy merasakan dirinya seorang perempuan, tapi di depan orang tuanya, dia terpaksa berpura-pura dan hidup sebagai seorang lelaki. Dia merasa jijik dengan alat kelamin “lelaki”nya, sehingga pada usia 17, Poy menjalani pembedahan penggantian kelamin dan sejak itu, dia merasakan seolah-olah telah 'dilahirkan kembali'. Pada usia 19, Poy memenani Miss Tiffany 2004, dan Miss International Queen 2004.
4. Alicia Liu – Taiwan
Alicia Liu, lahir di Taiwan sebagai seorang lelaki. Dia menjalani hidup sebagai seorang model biasa, sehinggalah seorang rakan sekolahnya mendedahkan identiti jantina Alicia kepada media pada tahun 2009. Pada tahun 2010 Alicia menunjukkan kad pengenalan rasminya yang baru diluluskan dalam sebuah wawancara yang mencatat dirinya sekarang adalah perempuan. Dia mengakui menjalani pembedahan jantina pada usia 18 tahun, kos pembedahan dibayar oleh kekasihnya ketika itu.
5. Chen Lili – China
Chen Lili lahir di bulan Februari, 1980. Dia adalah seorang penyanyi transeksual, model, dan pelakon dari China. Dia menjadi terkenal pada tahun 2004 ketika dia bersaing dalam pertandingan kecantikan sebagai seorang wanita. Chena merubah status gendernya melalui pembedahan penukaran jantina di Qingdao pada November 2003. Pada 11 Februari 2004, mendapat kad pengenalan dengan identiti perempuannya oleh Biro Pendaftaran Nanchong. Chen Lili adalah wanita transeksual pertama yang mencuba bersaing di pertandingan Miss Universe.
0 comments:
Post a Comment